Anak Benih Tongkat Ali


Apakah khasiat "Tongkat Ali"?

Anak Benih Tongkat ali RM5.00 sepokok
0162390011
Minima Order 1000 pokok(polybag)
Tinggi : 1'-3' sahaja


Tongkat ali adalah dari keluarga Simaroubaceae didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain. Persediaan produk daripada tongkat ali meliputi 30% daripada nilai perdagangan herba tempatan yang bernilai RM30–40 juta. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).
Pengenalan
Tongkat ali didapati banyak tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Tangka lai
digunakan secara meluas di negara ini dalam penyediaan ubatan tradisional dan produknya
dijual dalam berbagai bentuk seperti kapsul, tablet serta tonik. Pada masa ini, terdapat kirakira
30 produk ubatan tradisional di negara ini yang mengandungi tongkat ali sama ada
secara tulen atau campuran dengan lain-lain herba.

Permintaan terhadap produk Tongkat ali dijangka akan terus meningkat. Sehubungan
itu, penanaman secara komersial amat digalakkan kerana pergantungan kepada bekalan dari
sumber semula jadi tidak terjamin kualitinya dan akan menyebabkan tanamn ini semakin
pupus. Penanamannya juga boleh meningkatkan pendapatan sampingan kepada pekebun
kecil/peneroka terutama di waktu harga komoditi utama yang tidak menentu.

Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang.
Pokok ini tumbuh pada kadar yang perlahan dalam keadaan semulajadi. Ketinggiannya boleh
mencapai 15 m. Daunnya berbentuk bujur, tersusun secara berpasangan pada satu tangkai.
Terdapat 20–30 pasang anak daun di setiap tangkai daun. Batangnya berbentuk silinder,
berwarna kelabu di bahagian yang tua dan coklat kemerahan di bahagian yang muda. Daun
muda yang baru berkembang biasanya berwarna antara hijau kekuningan, hijau tua dan
coklat. Tangkai bunga tongkat ali tumbuh daripada di celah tangkai daun. Setiap tangkai
mengandungi banyak cabang, dan terdapat beberapa ratus kuntum bunga berwarna merah
ungu yang kemudiannya menjadi buah.

Dua jenis tongkat ali terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Eurycoma longifolia
Jack dan Eurycoma apiculata A.W. Bennett . Spesies E. longifolia didapati ditanam secara
komersial kerana mempyunyai kandungan bahan aktif yang lebih tinggi berbanding E.
Apiculata.

Penanaman Tongkat ali
Tongkat ali boleh ditanam di pelbagai jenis tanah. Keperluan taburan hujan antara 2000–
3000 mm setahun dengan suhu antara 25–30 oC. Tanaman ini didapati boleh hidup dengan
subur di tempat yang tidka mempunyai lindungan dengan syarat mendapat bekalan air dan
baja yang mencukupi.

Penyediaan bahan tanaman
Tanaman ini boleh dibiakkan melalui biji benih dan tampang seperti keratan, tut atau tisu
didik. Cara biji benih adalah lebih mudah dan praktikal kerana bilangan buah yang banyak
boleh di dapati apabila ia berbuah. Buah yang cukup masak berwarna merah tua boleh
disemai terus ke dalam medium pasir untuk percambahan. Biji benih akan mula bercambah
setelah kira-kira 4 minggu disemai. Biasanya dalam tempoh 6–8 minggu sebanyak 90% anak
benih telah cambah. Anak benih ini dicabut dan dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 15
cm x 20 cm sebelum ditanam ke ladang. Anak benih dipindahkan ke ladang sebaiknya tidak
melebihi umur 6 bulan di tapak semaian untuk mengelakkan akarnya menjadi terbelit di
dalam polibeg yang boleh merencatkan pertumbuhan.

Penanaman ke ladang
Lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm digali dan diisi dengan baja asas yang terdiri
daripada Triple Super Phosphate (TSP), kapur magnesium terkisar (GML) dan baja najis
ayam terproses. Pada masa ini masih belum terdapat sebarang pengesyoran tentang jarak
tanaman yang optimum. Walau bagaimanapun jarak 1 m x 2 m yang memberikan populasi
tanaman sebanyak 5,000 pokok/ha adalah disyorkan bagi tanaman secara tunggal. Sebaiknya
Tongka ali ditanam di permulaan musim hujan untuk mengambil faedah bekalan air hujan
untuk tanaman.

Pengurusan tanaman
Masih belum terdapat sebarang pengesyoran baja yang khusus bagi tanaman ini sehingga
kini. Walau bagaimanapun, sebagai pengesyoran awal, baja dan kadar yang boleh
digunakan bagi pokok yang berumur setahun di ladang ialah baja sebatian NPK (15:15:15)
dan najis ayam terproses masing-masing pada kadar 100 g sepokok. Baja kapur magnesium
berkisar (GML) pula adalah sebanyak 50 g/pokok. Pembajaan diberikan dalam empat
pecahan yang sama setahun bagi baja sebatian NPK dan dua pecahan sama setahun bagi
najis ayam dan GML. Bagi pokok yang berumur dua tahun ke atas kadar ini ditingkatkan
kepada 200 g sepokok masing-masing bagi sebatian NPK dan tahi ayam terproses.
Pemberian GML pula ialah 100 g/pokok. Pecahan pemberian tahunan adalah sama
pembajaan sebelumnya.

Rumpai yang tumbuh di kawasan tanaman boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman.
Sehubungan itu, kawalan rumpai bolehlah dilakukan dengan menggunakan racun jenis
sentuh, secara manual atau menggunakan mesin pemotong rumput.

Kawalan serangga perosak dan musuh perlu sentiasa dilakukan. Pada masa ini dua
jenis serangga iaitu “ulat harimau” (Atteva sciodoxa) dan teritip telah dikenal pasti sebagai
serangga perosak utama pada Tongkat ali. Larva ulat harimau ini memakan pucuk dan daun
muda. Serangan pada pokok muda atau pokok yang baru dialih ke ladang pula boleh
menyebabkan kematian pokok. Untuk pokok lebih tua, kesan dari serangan akan
melambatkan pertumbuhan pokok. Pokok perlu dipantau dengan kerap untuk mengesan dan
mengawal perosak ini pada peringkat awal. Kekerapan pemantauan perlu ditingkatkan pada
musim hujan kerana pengeluaran pucuk aktif pada masa tersebut. Racun serangga Bacillus
thuringiensis boleh digunakan untuk mengawal serangan larva ulat harimau yang teruk.

Teritip biasanya menyerang daun dan pucuk. Sekiranya tidak dikawal ia akan
merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian terutama pokok yang baru
dipindahkan ke ladang. Kawalan menggunakan “white oil” didapati sangat berkesan. Sealian
itu, masalah “mati mengejut” pada tanaman tongkat ali pula telah dikesan berlaku pada
pokok yang berumur lebih setahun. Penyebabnya belum diketahui dan perlu juga diambil
perhatian. Simptom penyakit ini ialah mula-mula daun kelihatan layu, kemudian dalam masa
3–5 hari keseluruhannya kering dan terus mati.

Penuaian hasil
Hasil utama Tongkat ali ialah akarnya. Penuaian Tongkat ali di hutan biasanya dilakukan
dengan mencabut secara manual. Pokok besar yang tidak dapat dicabut oleh tenaga manusia
biasanya dicabut dengan bantuan alat pencabut seperti “chain block” atau digali
menggunakan jebak dan cangkul. Satu alat penuaian telah direkabentuk oleh MARDI dan
berkeupayaan mencabut pokok tongkat ali sehingga garis pusat berukuran 8.0 cm.

Umur optimum bagi penuaian belum diketahui. Walau bagaimanapun pokok tongkat
ali yang berumur 2–3 tahun didapati mula mengeluarkan bunga dan berbuah yang boleh
diibaratkan sebagai pokok mula matang. Pokok tongkat ali yang ditanam dijangka boleh
dituai seawal umur ini. Potensi hasil akar basah sepokok daripada kawasan tanaman tanpa
lindungan di ladang adalah masing-masing kira-kira 15–30 g, 300–450 g, 460–600 g dan
800–1,200 g bagi tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Pengendalian lepas tuai
Akar tongkat ali yang dituai perlu dibasuh dengan bersih dan dikeringkan. Pengeringan
boleh dilakukan dengan menjemur di bawah cahaya matahari selama beberapa hari. Ianya
juga boleh dikeringkan dengan menggunakan ketuhar pada suhu 40–50 oC selama 72 jam.
Pokok yang berumur melebihi empat tahun mempunyai akar kering sebanyak 60% daripada
berat akar basah. Akar ini sudah sedia untuk dipasarkan sama ada dalam bentuk asal atau
diracik halus. Sebaiknya akar diracik terlebih dahulu sebelum dikeringkan untuk
memudahkan pemprosesan di peringkat seterusnya.

sumber:mardi


Anak Benih Tongkat ali RM5.00 sepokok
0162390011
Minima Order 1000 pokok(polybag)
Tinggi : 1'-3' sahaja
7 Responses
  1. Unknown Says:

    blog ni setakat tahun 2012 je.. ka saya salah pandang. kenapa ditinggalkan .....


  2. Ajibo Says:

    dah meninggal kot.

    sy dh try mcm2 jenis tanah. blm nmpak dia brtunas. tggu sebulan xjadi ape.

    dah try belah amik bji nipis pn xleh, campak dgan buahnye skali pn xboleh


  3. saiful Says:

    Saya ada Jual Anak Pokok Tongkat Ali...010 8696412


  4. saiful Says:

    Kena jemur dahulu biji buah tongkat ali tu... semai dikawasan yg berpasir


  5. saiful Says:

    Kena jemur dahulu biji buah tongkat ali tu... semai dikawasan yg berpasir


  6. saiful Says:

    Saiful Ada Menjual Anak Pokok Tongkat Ali. Harga Borong Rm4.00 sepokok (ambik sendiri) ...Harga Penghantaran percuma jika Pembelian 100pokok keatas Harga Rm8.00 Sepokok....Wasaap 0108696412


  7. sya ada jual anak tongkat ali
    boleh whatsaap 0194033325 area n9

    https://api.whatsapp.com/send?phone=60194033325&text=Saya%20berminat%20dengan%20benih%20tongkat%20ali&source=&data=